Lagenda Cordyceps Sinensis
Lebih 1000 tahun dahulu, Masyarakat Yung merupakan gembala Tibet pertama yang menemui cordyceps di kawasan tanah tinggi wilayah tersebut. Mereka menyangka ianya rumput biasa. Tapi apa yang terjadi, haiwan ternak yang meragut cendawan kecil seperti rumput itu menjadi lebih bertenaga dan cergas. Lembu-lembu tua kelihatan lebih sihat dan aktif selepas meragut di kawasan tersebut. Pengembala tersebut mula menuai cendawan untuk di makan. Menakjubkan! Mereka mendapati ianya juga mampu memberi manfaat yang sama kepada manusia.
Semenjak itu, Khasiat herba yang menakjubkan ini mula tersebar luas. Pakar-pakar herba Cina merupakan yang paling awal menggunakan cordyceps untuk merawat pelbagai masalah kesihatan manusia.
Walaupun yang demikian, herba ini sangat jarang ditemui dan faktor tersebut menjadi halangan utama dan menyebabkan anugerah AJAIB alam ini hanya terhad untuk golongan masyarakat elit sahaja.
Cordyceps sinensis tumbuh meliar di Dataran Tinggi Tibet, lebih kurang 15,000 kaki di atas paras laut. Tahap oksigen yang rendah, iklim yang melampau dan persekitaran yang tandus membenarkan hanya beberapa spesis yang paling kuat dan paling sihat untuk membiak dan hidup. Spesis-spesis ini lazimnya boleh menyesuaikan diri dengan amat mudah kerana ia berjaya menjana ketahanan yang kukuh terhadap elemen-elemen yang keterlaluan itu. Oleh yang demikian, cordyceps yang dituai di persekitaran yang lebih melampau dianggap memiliki kualiti yang lebih tinggi berbanding jenis lain.
Penuai cordyceps menganggap cendawan tersebut sebagai “eliksir kehidupan” dan bernilai “lebih daripada emas”. Sepanjang musim penuaiannya yang singkat iaitu 4 minggu di antara Mei dan Jun, pencari yang mahir hanya mampu memperoleh tidak lebih daripada 10 cendawan cordyceps setiap hari. Penuaian tahunan cendawan cordyceps gred tertinggi di seluruh dunia jarang mencecah 660 paun, menjadikannya sebagai salah satu cendawan paling jarang ditemui dan paling berharga di dunia. Persekitaran di mana cendawan tersebut ditemui dan nilainya yang tinggi menjadi sebab utama kenapa cordyceps sinensis disajikan khusus untuk kerabat di raja Cina sahaja.
Pada abad kedua B.C., Maharaja Cina yang pertama telah memilih cordyceps sebagai tonik harian utama untuk memanjangkan hayatnya. Jelitawan lagenda Cina, Yang Kue-fei (701-756A.D), juga mengambil cordyceps dengan kerap dan berpendapat bahawa cendawan tersebut adalah faktor penting yang membantu beliau mengekalkan kecantikannya. Sejarah penggunaan cordyceps sebagai herba antipenuaan dalam perubatan tradisional Cina bermula seawal tahun 1700BC. Semasa Dinasti Chin di China, seorang maharaja dikatakan sanggup membayar satu auns emas untuk bekalan kulat berharga ini selama tiga hari penggunaan. Cendekiawan Tibet menulis butiran terperinci mengenai cordyceps dalam teks kurun ke-15 dan ke-18. Cordyceps mula diperkenalkan ke Eropah pada tahun 1726 di sebuah perjumpaan saintifik.
Cordyceps sinensis asli mengambil masa lebih kurang enam tahun untuk melengkapkan kitaran hidup. Oleh yang demikian, Herbal semula jadi ini dianggap sungguh istimewa. Disebabkan cordyceps asli amat jarang ditemui dan harganya yang tinggi, para penyelidik dan saintis telah lama mengkaji kaedah untuk membiakkan cendawan ini dalam persekitaran yang lebih mudah disediakan.
Akhirnya penemuan perubatan terbaru berjaya di jumpai oleh sebuah Universiti terkemuka di China. Apabila cara terbaik untuk menanam dan membiak stroma cordyceps sinesis segar secara tiruan di temui, barulah perkembangan produk berunsurkan bioteknologi cordyceps berjaya di laksanakan.
Kini LarRich Empire menjadikan cordyceps Bioteknologi/sinesis sebagai elemen penting dalam setiap produk yg di keluarkan.
No comments:
Post a Comment