khasiat dan kebaikan Almanna/
Arabic Gam
Ramai yg tidak tahu khasiat dan kebaikan Almanna/Arabic Gam. Sebenarnya kebaikan al manna di sebut dalam al quran. Larrich Empire memgabungkan makanan sunnah dan herbal terbaik. Bukan sekadar minuman biasa tapi lebih dari itu. Apa sebenarnya Al Manna?
GUM ARABIC ( MANNA WASSALWA)
وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنْزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Manna” dan “Salwa”, (serta Kami berfirman): “Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (Al-Baqarah 57)
Apakah Gum Arabic (Al Manna Wassalwa)
Gum arabic dikenal sebagai makanan kesihatan atau serat makanan (dietary fiber), yang sering juga dikenali dengan Gam Arab, di dunia industri makanan, nama Gum Arabic lebih di kenal sebagai emulsifier dengan kod E414. Tetapi orang Arab di Afrika dan Semenanjung Arab lebih mengenali produk ini sebagai Gum Arabic (atau Samghu ‘Arabi dalam bahasa Arab). Mungkin sebahagian besar daripada orang Arab, kalau tidak semua, tidak tahu apa itu Gum arab .
Gum Arab dihasilkan daripada getah pohon Acacia yang mengeras menjadi damar berupa kristal. Getah yang keras ini diambil daripada batang, dahan dan ranting pohon ini. Kualiti yang terbaik banyak terdapat di sebelah barat negara Sudan. Gum Arab berwarna jernih keperangan, rapuh dan tidak mempunyai rasa yang kuat.
No comments:
Post a Comment