Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Bermula pada tahun 2014 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan FATWA cordyceps halal di makan oleh masyarakat islam. Semenjak itu herbal terbaik di dunia ini di kenali lebih dekat oleh masyarakat melayu. Sebelum ini Cordyceps lebih sinonim dengan masyarakat Cina sahaja.
Herbal Cordyceps mempunyai sejarah yang panjang kerana khasiat dan kebaikan yang luar biasa. Cordyceps juga di kenali sebagai HERBAL paling mahal di dunia. Larrich Empire menjadikan cordyceps sebagai elemen utama bagi setiap produk yg di keluarkan oleh pihak syarikat.
Apa itu Cordyceps?
Herbal Cordyceps
Perubatan tradisional Cina memanfaatkan Cordyceps Sinesis sebagai bahan semula jadi Utama bagi merawat penyakit.
Cordyceps sinensis juga dikenali sebagai kulat beluncas Cina oleh masyarakat awam, merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga ergot. Di China, Cordyceps merupakan herba yang sangat jarang ditemui. Ia juga dikenali sebagai dong chong xia chao (Cacing Musim Sejuk, Rumput Musim Panas). Juga di panggil sebagai Aweto di China dan Tibet, dan di kenali sebagai Yarchagumba di Tibet.
Di sebabkan cordyceps tergolong di dalam kategori kulat, nutrien dan bahan-bahan aktif di dalamnya memiliki ciri-ciri farmakologi yang berkait rapat dengan hampir setiap sistem di dalam tubuh manusia.
Cordyceps sinensis merupakan tumbuhan asli pergunungan China tenggara yang ditemui pada altitud melebihi 2000 meter paras laut. Spora cordyceps sinensis diterbangkan oleh angin selepas ia matang pada hujung musim luruh. Ia bertindak aktif memakan larva Hepialidae secara perlahan-lahan bersama akar tumbuh-tumbuhan. Kulat cordyceps sinensis menyerap nutrien dan tisu-tisu lembut dalam larva sehingga ia mencapai kematangan. Lama-kelamaan, larva tersebut akan mati dan di tempatnya akan tumbuh stroma berwarna perang kehitaman yang keluar daripada kepala larva. Stroma yang panjang dan lazimnya lonjong ini boleh mencecah 3-5 sm. Cordyceps sinensis mengambil masa lebih kurang enam tahun untuk melengkapkan kitaran hidupnya. Oleh yang demikian, cordyceps sinensis asli amat jarang ditemui dan sangat mahal harganya.
Cordyceps Sinesis merupakan herba tradisional bernilai tinggi dalam herbologi perubatan Cina, pengamal perubatan purba percaya bahawa ia merupakan penawar berkuasa untuk semua jenis penyakit. Berkurun lamanya cordyceps hanya dikhaskan untuk kerabat Maharaja kerana ia sukar didapati dan dijual dengan harga yang sangat tinggi. Cordyceps sinensis sentiasa dianggap sebagai bahan yang istimewa dalam budaya Cina.
Dengan kemajuan teknologi dan enovasi, sebuah institute penyelidikan Universiti di China telah membuat pertemuan terkini dalam bidang perubatan apabila berjaya menghasilkan penanaman dan pembiakan cordyceps secara Bioteknologi. Kini Larrich Empire menggunakan cordyceps Bioteknologi sebagai elemen penting dalam setiap produk yang di tawarkan kepada pengguna.
Kebelakangan ini ramai yang mengenali herbal Cordyceps dan ianya boleh di di dapati dengan mudah di pasaran. Cordyceps sangat bagus dan sesuai untuk mereka yang mementingkan gaya hidup sihat. Dapat memaksimumkan kualiti kesihatan dan kehidupan yang lebih memuaskan.
No comments:
Post a Comment