FAKTA FARMAKOLOGI DAN KAJIAN KLINIKAL
Kajian menunjukkan bahawa cordyceps bermanfaat untuk kesihatan jantung, hati dan sistem imun.
Sakit jantung: Dalam kajian klinikal degupan jantung, jumlah darah yang dipam, pengeluaran kardiak dsb. didapati meningkat dengan ketara dalam kumpulan cordyceps lawan kumpulan kawalan.Kolesterol: Cordyceps berkesan mengurangkan tahap kolesterol LDL “tidak baik” dan meningkatkan tahap kolesterol HDL “baik”. Dalam satu kajian, cordyceps didapati mampu merendahkan tahap kolesterol keseluruhan sekurang-kurangnya sebanyak 17%.Penyakit Hati: Cordyceps berupaya memperbaiki simptom-simptom dan struktur sel hati secara dramatik. Sel-sel sirosis tidak lagi dikesan dalam 70 peratus pesakit.Disfungsi seksual: Cordyceps boleh memanfaatkan lelaki dan wanita yang menghadapi masalah fungsi seksual.Gangguan sistem imun: Cordyceps dianggap sebagai salah satu agen imunomodulator yang paling mudah diadaptasikan dalam apa jua keadaan.Memberi tenaga dan meningkatkan stamina.Sistem pernafasan: Cordyceps boleh mempertingkatkan kesihatan perokok serta pesakit asma, jangkitan paru-paru dan batuk yang terukAnti Tumor/Anti Kanser : Kajian telah menunjukkan bahawa Cordyceps asli dan Cordyceps tisu kultur/Bioteknologi mempunyai aktiviti anti tumor dalam pelbagai jenis kanser. (Feng, Yang, and Li 2008; Zhou et al. 2009a).
Cordyceps Bioteknologi
Sejarah telah membuktikan cordyceps sinensis dianggap sebagai anugerah ajaib atau penawar untuk semua jenis penyakit semenjak zaman berzaman dan ia disediakan khusus untuk Maharaja Cina sahaja kerana herba yang sangat mahal ini hanya boleh dituai dari habitat semula jadinya di altitud yang tinggi.
Namun demikian, kemajuan teknologi dalam perubatan moden dan penemuan teknologi terkini, hasil sumbangan kajian bioteknologi yang ekstensif telah membolehkan herba ‘ajaib’ ini tersedia untuk semua lapisan masyarakat. Walau bagaimanapun, apabila dunia moden mula mempraktikkan proses replikasi cordyceps sinensis, ramai yang beranggapan mengenai kemungkinan berlakunya kesan-kesan sampingan akibat pengambilan herba yang ditanam secara tiruan ini.
Penanaman stroma cordyceps secara tBioteknologi berjaya dihasilkan oleh Pusat Penyelidikan Universiti terkemuka di China.
Secara ringkasnya, universiti tersebut telah menemui kaedah terbaik bagi mencipta persekitaran yang ideal untuk pertumbuhan ‘semula jadi’ cordyceps sinensis aseksual, dengan mengguna pakai proses yang sesuai dan tepat untuk memperoleh ekstrak dan nutrien yang sama seperti yang terkandung di dalam cordyceps sinensis liar.
Penyelidikan dan kajian saintifik selama bertahun-tahun lamanya telah membuktikan bahawa ciri-ciri dan komponen nutrisi cordyceps sinensis bioteknologi adalah sama seperti, atau lebih tinggi daripada cordyceps sinensis liar. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa ia boleh dibiak untuk menghasilkan spora cordyceps sinensis yang berkualiti tinggi.
Proses penanaman melibatkan replikasi persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan cordyceps sinensis. Tiada langsung sisa aditif mahupun pengawet dapat dikesan dalam stroma cordyceps sinensis Bioteknologi ini. Seperti spesis liar, cordyceps sinensis Bioteknologi tidak mencetuskan sebarang kesan sampingan yang toksik atau memudaratkan. Selain itu, pelbagai kajian berjaya menunjukkan bahawa cordyceps sinensis Bioteknologi mudah diserap oleh tubuh manusia bagi membolehkan elemen ‘ajaib’nya memberi kesan yang lebih cepat dan lebih efektif.
Hari ini, daripada jumlah anggaran 300 spesis cordyceps yang diedarkan di seluruh dunia, hampir 60 spesis cordyceps sinensis liar berasal dari China sahaja. Spesis yang memiliki nilai perubatan paling tinggi ialah cordyceps sinensis dan cordyceps militaris.
No comments:
Post a Comment