Saturday, December 9, 2017

Jaundis

Hati yang bermasalah kesihatan menjadi seperti “Hati Goreng Kunyit” ?

Hati goreng kunyit adalah penyakit kuning iaitu inflamasi pada hati atau pundi hempedu dan menimbulkan gejala yang dipanggil jaundis (berwarna kuning). Ingat ! Sebenarnya Jaundis bukan sejenis penyakit. Ia adalah masalah yang berkaitan dengan hati atau pundi hempedu....
Jaundis disebabkan oleh jumlah bilirubin yang berlebihan di dalam tisu lemak di bawah kulit. Bilirubin adalah bahan di dalam hemoglobin. Apabila sel darah merah pecah, badan akan menghasilkan sel darah merah yang baru. Sekiranya hati tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang baru, maka bilirubin akan dihasilkan dengan banyak dan menyebabkan badan dan kulit berwarna kuning.




Jaundis berlaku di kalangan bayi adalah perkara biasa kerana organ hati bayi belum tumbuh secara matang. Kadangkala jaundis akan menjadi teruk apabila penghasilan bilirubin adalah berlebihan, ia akan merosakan petumbuhan otak jikalau tidak memberi rawatan atas bayi tersebut. Biasanya, doktor akan “menjemurkan” bayi dibawah mesin UV yang tertentu. 

Tanda-tanda jaundis bergantung kepada tahap penyakit tersebut. Untuk orang dewasa, tanda yang biasa dapat dilihat adalah seperti berikut:
- Perubahan warna kulit dan mata menjadi kuning
- Warna air kencing menjadi lebih gelap
- Najis berwarna kuning terang atau pucat
- Kegatalan pada kulit


Selera makan bagi penghidap jaundis adalah berubah-ubah mengikut keadaan penghidap jaundis. Bantuan pemakanan tambahan (oral nutrition supplement) diperlukan untuk meningkatkan pengambilan tenaga dan protein. Ia juga dapat menggantikan makanan yang kurang diambil oleh penghidap jaundis.


Cordycep dibuktikan dalam kajian ahli sains dapat menguatkan fungsi hati dan melambatkan degenerasi hati. Oleh itu, produk Codi AHB boleh menjadikan makanan supplement kesihatan anda setiap hari.


No comments:

Post a Comment